Thursday, November 17, 2011

camni rasanya orang yang takde gigi....

aku dapat MC sehari semalam
appoinment kedua dengan Dr. Yufi Ariandi
pagi2 aku drive untuk x-ray gigi/rahang
pastu aku berdesup pegi Plaza Larkin sebab appoinment aku pukul 11am
aku saje nak amik masa bertenang sebab kan aku nak cabut gigi....
kasihan si gigiku yang sihat terpaksa dicabut



petang tu BFF ajak makan froyo
uuh..best2 lepas cabut gigi makan yogurt memangla heaven
tapi aku still lapar sebab aku tak boleh hentam makan apa yang aku nak makan



arini aku makan pau je untuk lunch
nak kunyah amende kalau gusi aku still bleeding
plus ada pulak getah2 separator ni
macam ada daging terselit kat celah gigi..ha,camtula rasanya
adehh..kurusla camni..
paling parah sebab terpaksa berlapar
mana tahan bai..
baru aku tau perasaan orang yang takde gigi..susah btol nak makan







next appoinment on 6 December untuk pasang braces..
balik keje petang ni aku nak cari jar untuk simpan gigi aku tu

Thursday, November 10, 2011

aku bencila kau stalkers + muluts haprak

* testing sebut perkataan percaya banyak kali..lama2 macam menyebut nama orang pulak *







pernah hilang rasa percaya?
tipu tak pernah
tapi sebenarnya rasa percaya tu tak hilang
cuma jadi lebih berhati2 supaya tak jadi perkara yang buat kita rasa hilang rasa percaya
dah terpijak tahi mustahil mahu terpijak kali kedua




ooooooo akal..silalah menjadi stabil
sebok fikir kenapa kadang2 sesuatu perkara yang aku rasa tak payahla-jemah-kau-nak-tau dapat liputan meluas padahal aku bukan artis yang patu kena kejar dengan paparazzi & mamarazzi pun walawey
perkataan liputan meluas tu over sikit
aku benci stalkers!
tak payahla orang sebok jaga tepi kain aku
kain kau sendiri yang koyak tu patut kau jahit semula
bukan amik kain aku pastu tampal kat kain kau yang dah rabak
tu dah kira mencuri, bai....
mencungkil cerita untuk dijadikan bahan bualan dengan kawan2 yang lain adalah 1 benda yang aku  rasa keji

kelas kau maria....



haish..sudahnya aku rasa kena buat sesuatu
put a trust & respect to people so called backstabber aku rasa betul2 buang masa aku le
emosi yang penuh dengan rasa loya..buat entry pun rasa nak tekan button laptop sampai tercabut
tapi since aku beli laptop ni dengan gaji pertama aku bukan gaji orang lain aku kena batalkan niat serong aku tu






huh..nasib baik aku cepat sedar yang aku tetap mempunyai kepercayaan takde tolok bandingnya kepada Tuhan Semesta Alam
terima kasih Allah..sebab sayangkan hambaMu ini
berkatilah hidup aku di dunia & akhirat
dan jauhkanlah aku dari sumber2 yang boleh membinasakan aku
Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...