Thursday, November 17, 2011

camni rasanya orang yang takde gigi....

aku dapat MC sehari semalam
appoinment kedua dengan Dr. Yufi Ariandi
pagi2 aku drive untuk x-ray gigi/rahang
pastu aku berdesup pegi Plaza Larkin sebab appoinment aku pukul 11am
aku saje nak amik masa bertenang sebab kan aku nak cabut gigi....
kasihan si gigiku yang sihat terpaksa dicabut



petang tu BFF ajak makan froyo
uuh..best2 lepas cabut gigi makan yogurt memangla heaven
tapi aku still lapar sebab aku tak boleh hentam makan apa yang aku nak makan



arini aku makan pau je untuk lunch
nak kunyah amende kalau gusi aku still bleeding
plus ada pulak getah2 separator ni
macam ada daging terselit kat celah gigi..ha,camtula rasanya
adehh..kurusla camni..
paling parah sebab terpaksa berlapar
mana tahan bai..
baru aku tau perasaan orang yang takde gigi..susah btol nak makan







next appoinment on 6 December untuk pasang braces..
balik keje petang ni aku nak cari jar untuk simpan gigi aku tu

Thursday, November 10, 2011

aku bencila kau stalkers + muluts haprak

* testing sebut perkataan percaya banyak kali..lama2 macam menyebut nama orang pulak *







pernah hilang rasa percaya?
tipu tak pernah
tapi sebenarnya rasa percaya tu tak hilang
cuma jadi lebih berhati2 supaya tak jadi perkara yang buat kita rasa hilang rasa percaya
dah terpijak tahi mustahil mahu terpijak kali kedua




ooooooo akal..silalah menjadi stabil
sebok fikir kenapa kadang2 sesuatu perkara yang aku rasa tak payahla-jemah-kau-nak-tau dapat liputan meluas padahal aku bukan artis yang patu kena kejar dengan paparazzi & mamarazzi pun walawey
perkataan liputan meluas tu over sikit
aku benci stalkers!
tak payahla orang sebok jaga tepi kain aku
kain kau sendiri yang koyak tu patut kau jahit semula
bukan amik kain aku pastu tampal kat kain kau yang dah rabak
tu dah kira mencuri, bai....
mencungkil cerita untuk dijadikan bahan bualan dengan kawan2 yang lain adalah 1 benda yang aku  rasa keji

kelas kau maria....



haish..sudahnya aku rasa kena buat sesuatu
put a trust & respect to people so called backstabber aku rasa betul2 buang masa aku le
emosi yang penuh dengan rasa loya..buat entry pun rasa nak tekan button laptop sampai tercabut
tapi since aku beli laptop ni dengan gaji pertama aku bukan gaji orang lain aku kena batalkan niat serong aku tu






huh..nasib baik aku cepat sedar yang aku tetap mempunyai kepercayaan takde tolok bandingnya kepada Tuhan Semesta Alam
terima kasih Allah..sebab sayangkan hambaMu ini
berkatilah hidup aku di dunia & akhirat
dan jauhkanlah aku dari sumber2 yang boleh membinasakan aku
Amin.

Thursday, October 27, 2011

bila eh enty terbaru aku??









entah.

























sorry kepada diri sendiri dan para pembaca yang sudi sebab aku dah tertabur janji palsu yang menjengkelkan
tentang entry si muda berhati besi & pre-wedd
cerita yang dah terlampau lama so aku decide taknak tulis pun.
fine.




sejak 2 menjak menjadi si lemer
lemer dalam bahasa Jawa yang bermaksud bermalas-lemah-lembik-takde tenaga
passion yang sangat mendatar pada semua benda
maka aku pun tak rajin nak kepoh buat entry..so jadilah si empty


mungkin sedikit highlight untuk hari ni
pagi2 sampai office aku nampak semua orang berwajah muda
ermm..serius.memang nampak muda
atau contact lens aku yang tetiba ada ilusi optik?
hah..sebenarnya aku tak nak bagitau diorang pun sebab mesti diorang tetiba tersenyum2 & membangga diri kat sebelah telinga aku
hoish..kalau dah sepanjang hari mau tak rimas aku dibuatnya??



tapi..still  i'm in the middle of another day at work
takde apa yang buat aku menggelupur at this moment
jadi aku berhooray2 sampaila buat jiran workstation selalu kata " apsal hang ni gembira ja..?"
comel sungguh loghat utara noo.....




ini muka tulus aku yang tengah happy..gimik je pose dengan gitar my bro *budget najwa latif*








walaupun aku sedang berjimbaria,aku tetap sedar yang Sime Darby tak bayar aku untuk makan gaji buta
muahahahahahaha....maka,aku selalu kembali ke alam nyata lepas tersasar sket buat keje lain within office hours



(*.*)

Thursday, October 13, 2011

8states within 24h







updated after 1week++++ ....
*sigh*







seperti tertanda dalam kalendar peribadi aku, 1-3 October ialah trip to Penang
so petang Jumaat 30 September 2011 lepas keje kitorang pun bertolak ke Rawang
dari Johor-Melaka-N.Sembilan-Selangor-Perak-Pahang-Kedah-Penang
even tak melawat overall..kitorang just stepped kat R&R..
so bolehla kan kira 8 states?
hahahaha....





 Rawang,Selangor - Cameron Highland
wake up call @ McD Rawang
through Perak









arrived safely at Cameron Highland..and tis was the 1st picture captured
yummy cakes..all strawberry basis
strawberry salad
ni..aku lupa nama dia apa..tapi superb!
strawberry milkshake..the best milkshake ever

in the park..under the sun
delicious okey!

the daisies

errrr....

Ladang Teh Cameron Highland

teh halia..tak seteruk yang aku sangka

tea time at the tea shop

tenang betul..aku sincere nak jadi pemetik teh

full car boot. nasib baik tak bawa Alphard,kalau tak kering poket aku

nice view of sunset..we were heading to Penang

Juru
just arrived at Ta Krai..
shop in park..at Juru. lebih kurang Danga Bay tapi kat sini lebih happening & pening sebab banyak barang yang buat aku rambang mata

shoes addict..see her eyes.kalau aku tak letih malam tu for sure aku dah sebok try2

weird..like a monsterShukri (caption ni aku tulis sebab dia ada kat belakang aku dok complaint pasal blog ni..haish)
Penang


breakfast time at Sg Dua..rumah kak Maya

breakfast set on sunny Sunday
pancake dgn 3 biji je strawberry

home made coffee..tak payah pegi kopitiam la

Sg Dua marii....

ni..kat tempat korang pun ada..tak payah la aku nak bagitau ni menatang apa

ha..yang ni kat tempat korang takde..muahahahaha

Monday, October 10, 2011

what's your WAKE UP CALL?

rasa yang lazat..aroma yang membangkit semangat

mine..a cup of coffee.
lately aku terjebak dengan minuman berwarna hitam yang kaw ni
setiap pagi aku minum 1 big mug of coffee
hoho..kadang2 share dengan SarahSiHantuKopi


lot of stories yang aku nak share
termasuklah 8-states-within-24hours, perginya si muda berhati besi & pre-wedd preparation
so..aku akan buat entry satu persatu..not in bulk
sebab nanti entah apa aku nak sampaikan pun aku tak sure..
carcamarba......









pernah tak kita terfikir tentang hak2 orang lain yang belum kita tunaikan?

Thursday, September 29, 2011

baju kurung untuk si comel




2 helai baju kurung kecil untuk si comel Rayyan
maybe tak sehebat baju kurung siap kat Jalan TAR
tapi tetap hebat sebab dijahit penuh dengan kasih sayang
uuhhhh......















tapi yang paling penting sebab baju ni mak aku yang jahitkan
bukan aku..dish3
agaknya mak tengok kain tu berlipat terbiar je tak bergerak2 sebab tu mak tolong jahitkan
yang aku pulak..berniat bersungguh2 nak buat tapi asyik delay je
takpe..yang penting SIAP.











terima kasih,mak.

Sunday, September 25, 2011

syawal boy

new born baby boy..belong to Muna&Mel
aku visit mom&baby tadi lepas waktu kerja



pic curi dari FB Sarah







pic kat atas tu aunty2 yang over
pic baby nampak seto'et je..



congrate friends..semoga Adnin menjadi anak yang soleh.

Friday, September 23, 2011

awan2 guling

terkesima tengok kabus2 awan pink



awan kaler pink.. ermmmm
ada dalam 1st drawer aku
jeling sikit je, nak ngap tak boleh at this moment
SABO..malam nanti baru boleh.


awan pink = gegula kapas








condition  : just woke up from 1/2 hour-sleep
mood       : average
place        : haunted office









semalam dah nampak awan pelbagai kaler berbentuk 'B'
BONUS!
1 hari cakap2 dengan additional huruf B untuk setiap perkataan
Baku Ber-muahahahaha Bsambil Berguling2..

Monday, September 12, 2011

hari apa yang hebat..ye,HEBAT teramat?









jawapannya : setiap HARI.
setiap hari yang aku lalui memang hebat
tak pernah tak hebat walaupun ditimpa kesedihan
sedih pun 1 kehebatan tau....




kenapa hari2 ni hebat?








ISNIN 


1. aku halfday pagi untuk jadi geng 1 kawan yang jugak halfday
    even kitorang buat aktiviti sendiri2 & berada di rumah masing2..apekebendenye ni??
2. halfday petang sebab tengok The Smurfs dengan Sarah
    muahahahahahahaha..sesape yang jengkel dengan movie The Smurfs tu memangla bukan '80an









AHAD

pegi makan nasi minyak kat Pontian (^,^)
selain join makan free..yang paling penting aku memang excited bila ada orang kawen
pastu sebelum balik ke JB singgah Teluk Piai
sebenarnya Tanjung Piai la wehh..kitorang terpegi area teluk lalu aku pun namakan Teluk Piai
whatever.

Tanjung Piai belakang aku nun..heh!







SABTU

ikut BFF tengok2 kereta
niat nak jadi pengikut je tapi tetiba aku pulak yang over
macamla aku yang nak beli..heh!

pengikut yang nak menyebok2 juga kat showroom kereta


upahnya?
BFF belanja aku makan Chicken Chop kat IT Roo Cafe,Jalan Dhoby
bukanla dia nak sangat belanja aku tapi aku kan pandai guna reverse psychology
hahahaha..dan haha lagi

menu di tangan

starter

chicken chop with mushroom sauce

chicken chop with black pepper sauce
ok..bill dah sampai.tengok sambil bersiul2 riang
usha2 menu banyak kali rasa nak makan semua


so..betul tak aku kata setiap hari adalah hebat?



















lebih baik menjadikan apa yang kita ada hebat berbanding mengharap kehebatan sedia ada.

Wednesday, September 7, 2011

rain & spirit..don't go away....

bila la hujan nak turun
lepas cuti raya ni berbahang sungguh rasanya
sampaikan dalam opis ber-air cond pun aku mengitai kipas


agaknya sebab aku dah seminggu kat kampung yang nyaman
so bila balik ke Pasir Gudang buat aku rasa dehydration pulak
ok, tu bukan alasan aku nak minum Cool Blog



masih berdoa supaya hujan turun hari ni






bila tengok jam published nanti, sila jangan salah sangka yang aku curi tulang
aku sebenarnya tengah memanggil semangat kerja yang kejap takde kejap ada lepas tu takde terus
haishhhh....
makanya, terpaksalah aku menyinggah kat blog ni





dan berdoa juga supaya Encik Semangat silalah jangan lari daripada aku
kalau tak aku amik cuti balik tengok tv
penat dah ni aku kejar kau..









apa2 pun yang datang menimpa, yang penting usaha + doa + tawakkal.

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan dah nak abis,Aidilfitri dah dekat



raya dah nak dekat, tinggal lebih kurang seminggu je lagi
macam biasa shopping complex sesak,parking pulak penuh
ayah selalu kata " orang kat Kota Tinggi macam semut"
mak pulak cakap " orang macam ulat sampah"
yawwww!!!!!! 
perumpamaan betapa ramainya orang time2 nak raya




Pandan Uptown tempat tumpuan orang termasuklah Singaporean

ni area luar..blom area dalam lagi. tak larat aku nak snap pictures kat tempat sesak

kaunter zakat pun ada..tapi yang ada cuma amil je, pembayar zakat takde.haish.



dan macam biasa masjid2 & surau semakin lengang
"tinggal 2 saf je" komen ayah bila aku tanya


aku harap Ramadhan aku tahun ni diberkati-Nya
dan semoga aku berkesempatan jumpa Ramadhan yang akan datang
amin.



aku taip entry ni lepas aku bertungkus lumus nyalakan pelita kat depan rumah
rumah kecik jadi pelita tak payah banyak..4 pun cukup
saja2 aku macam nak rasa suasana kampung macam kat rumah parent aku
lepas solat terawih,isi minyak diesel & nyalakan pelita
lepas tu main bunga api..bunga api free, hahahaha
saja bagi anak2 jiran sebelah jeles tapi budak2 skarang style main ps3..astro..
tak pandang pun pelita + bunga api ni
takpela..asalkan aku gembira sudah







3oo4 pelita..yang kat pagar tu pokok bunga jalar2,bukan semak ok

uuh..dah rasa macam raya la

macam kat kampung2





zakat fitrah dah dibayar? 



Monday, August 22, 2011

benda salah depan mata jangan buat buta




chitchatting in the early Monday morning   
*sigh*
aku sedang berusaha keras mengumpulkan semangat rajin bekerja

i love my job..i love my job..i love my job!

tu bukan ayat tipu
aku memang cintakan kerjaya aku tapi bukan scope of work yang aku tanggung sekarang
just menikmati another side of my life before aku bergerak ke zone yang baru.
ok.



semalam petang aku & BFF keluar meramai2kan tempat2 shopping
jem..tapi aku ok lagi sebab aku bukan driver
pergi HP cari CD game ntahapa la nak cari cd game time nak raya ni
sementara tunggu BFF pilih2 CD,mata aku melilau tengok barang2 dalam kedai
tap! mata aku nampak sesuatu
dalam 1 bekas kaca,aku nampak beberapa naskhah AlQuran
nape ada AlQuran kat kedai Cina ni yang for sure aku tau diorang bukan Muslim
aku pun minta nak tengok kat sorang pekerja ni
dia nampak macam blur2 & panggil bos dia
ok..skarang 3 orang pekerja termasuk bos dia melayan aku pulak


masa dia buka kotak tu,ada 1 naskhah AlQuran,rechargeable mp3 player + manual dalam tulisan Jawi
dia tunjuk kat aku & kata dia tak tau nak baca jadi dia boleh explain sikit2 camne nak guna je
kau tak payah nak ajar aku tau camne nak baca
eh..kejap, boleh ke bukan Muslim pegang AlQuran eh?
setau aku,tak boleh. SETAU.
dengan tetiba telinga & hati aku jadi panas
aku pun amik AlQuran tu dari tangan dia padahal masa tu aku pun tak boleh pegang patutnya
lepas BFF siap tak jumpa pun CD tu hoi penatnya aku tunggu,kitorang pun pegi dengan hati aku rasa seram sejuk





AlQuran kitab suci umat Islam
boleh ke disentuh sembarang orang eh?
kalau boleh..takpelah dia jual kat situ.
tapi kalau tak boleh tu yang jadi masalah..kena buat sesuatu ni.
ke..tu sebenarnya AlQuran palsu????







sampai ke titisan darah terakhir kalau mau berjihad.




Friday, August 19, 2011

my 1st handmade baju kurung






pertama kali jahit baju kurung buat aku rasa macam perempuan Melayu terakhir eceh
nampak macam senang je
selalu aku merungut2 kata baju kurung siap mahal
walhal sepanjang hidup aku baru sekali je beli baju kurung siap
sebab susah betul nak cari size
selalunya mak aku tercinta la yang jahitkan

kali ni aku tergerak nak jahit baju kurung
dah lama mak suruh belajar menjahit baru sekarang terbuka hati
tapi aku bukan jahit baju kurung untuk diri sendiri
aku jahitkan untuk my friend Siti Sarah Hussain sempena birthday dia 17 August


baju kurung untuk Sarah
small pink color flower

aku baru je bagi baju kurung tu pagi tadi sebab malam tadi baru siap jahit
kain tu aku beli 2 hari before puasa
corak bunga2 kecil aku memang suka
tapi jenis kain tu aku fail sikit la
bolehla....
harap2 Sarah muat la kan


lepas ni ada another project baju kurung lagi
tapi untuk budak2 kecil
anak sape yang bertuah..?
aku pun tak tau lagi







aku tak expert memasak
tak juga expert menjahit
juga kerja rumah yang lain
tapi, aku tetap berazam berusaha memiliki keupayaan perempuan zaman dulu.

Thursday, August 18, 2011

pertahanan jiwa batin

sejak zaman kecil aku memang berminat dengan seni mempertahankan diri
konon2nya aku nak jadi paling kuat & tak takut kalau ada musuh yang nak menyerang
hidup bebas dari gangguan musuh..yes.

aku suka tengok cerita pendekar2,lawan2 tapi aku seram siamang kalau ada darah2 ni
terbaru aku suka tengok gaya lawan dalam KL Gangster
mantap sangat.

kalau dulu time skolah aku join kelas tae kwan do GTF
pastu time uni aku join pulak kelas karate do
best..rasa setiap pergerakan pantas
even tak master pun aku rasa selamat je nak ke sanasini




rata2 kita cuma mengasah kemantapan fizikal termasuklah aku
jiwa makin lama makin kosong
ilmu makin lama makin berkurangan
semangat makin lama makin luntur
kita semakin pengecut.



berapa banyak kes jenayah yang dah berlaku?
berapa banyak rusuhan..?
membaca berita je pun dah buat aku takut
itu baru yang dipaparkan..belum lagi kes2 tersembunyi


cuba korang dengar balik lagu ni..lagu Warisan
lagu ni lagu wajib masa aku blaja kat MRSM dulu






Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara






hargailah kekuatan yang ada

Getzone Iftar

20 August 2011 bertempat di Malay Village JB.
fine..aku teruja nak join
sebab dah 2 kali Getzoners organized event kat JB tapi aku asyik miss je
tapi sebenarnya dengan rasa sedih secara total aku nak kata aku tak dapat join iftar kali ni
oooo..dah berjanji mau berbuka puasa dengan seseorang
maka, dengan berat hati aku click NO kat invitation tu



sorry guys,aku tak dapat nak elak
sedih merintih2 tapi tak boleh nak buat apa
korang jangan merajuk pulak lepas ni tak nak invite aku


to Southern Getzone & Getzone S'pore,make sure orang2 KL berbaloi turun JB
hope to join you guys in the next events..amin!




thanks to the hosts : Dee, Will Low & Shazni
aku frust,beb!









bulan Ramadhan ni alhamdulillah rezeki murah
ada je jemputan berbuka puasa

Thursday, August 11, 2011

apa kebaikan yang kau dah sumbangkan arini..?

soalan khusus daripada aku untuk aku
dan soalan am daripada aku untuk korang
tak payah jawab kuat2
jawab slowly je asalkan diri sendiri dengar..cukup.

ok..kebaikan yang kita buat tak elok kalau nak digebang2kan
boleh menerbitkan rasa riya',takbur,ujub dan banyak lagi sifat mazmumah
tapi kalau untuk peringatan & kayu pengukur kesederhanaan diri,takpe

pagi tadi, aku dapat 1 forwarded email dari sorang kawan
1 kisah benar tentang keredhaan sorang ibu terhadap kematian anak lelaki tunggalnya seusia 4 tahun
ada part yang menarik dalam kisah tu
aku share.... mengapa mak tak menangis kerana kematian abang
*abang merujuk kepada anak lelaki 4 tahun tu*

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.






tak susah pun nak tabur kebaikan
senyum pun dah dikira berbakti
apa kebaikan aku semalam?
aku siram pokok bunga jiran sebelah
arini..?

Tuesday, August 2, 2011

entry tanpa tajuk

Salam Ramadhan untuk semua muslimin & muslimat samada membaca atau tidak
syukur sebab kita berkesempatan menjalani ibadah puasa sekali lagi tahun ni..Alhamdulillah.


semalam 1 Ogos 2011 bermulanya bulan Ramadhan & genap 5 tahun aku bekerja
(*,*) syukur untuk rezeki dan kesihatan yang Allah kurniakan
memandangkan Johor amik cuti untuk awal puasa, aku pun amik kesempatan balik kampung
sambut puasa dengan family
dan aku pergi keje pagi tadi direct dari kampung
highway Senai-Desaru kan ada

takde cerita khusus aku nak share untuk entry kali ni
just menulis sebab Micrsoft Excel aku asyik hang je
kerja pun sangkut2 nasib baik aku ada broadband bolehlah merepek
tapi maybe boleh share some moments aku dengan kawan2 time hang out last week






some pictures captured..
fews at McDonald Pusat Bandar..and the rest at The Borneo Cafe
time ni aku try & error camera setting,so ada yang berkaler ada yang tak
black & white seems oldies (*,*)



yusrina si workaholic
hana and gegel erisya

mangsa buli sampai bila2 si faiz

erisya..before jatuh dari kerusi malam tu

lepak & gelak tak ingat
dah lama tak jumpa memang macam ni perangai kitorang
lepas erisya jatuh & nangis, barula kitorang cari jalan pulang
all @ McDonald



busy melayan erisya

ini..sedang menahan lapar

hana tengah menyatakan kejengkelannya

big smile untuk gossip hangat

serius bergossip

ooppss..sorry,tangan aunty gigil
i like!!

2 kali tambah

si comel ni makan juga

err..si comel ni pun sama

this time makan2 at The Borneo Cafe





nanad dah keje kat KL
ina pun transfer temporary kat USJ
yus & faiz dah kat MMHE
aku dgn hana je yang stil kat SDE tapi tak lama lagi kitorang join yus & faiz..hahahaha




friendship.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...