jangan terpedaya..tagline kat atas tetiba terlintas kat kepala akibat teringat iklan syampu Clear
tapi..bersedialah kita semua umat..
sesungguhnya rahsia Allah terlalu besar dan tak terjangkau dek akal.
Wallahu'alam.
esok : 4 Januari 2012
nak tanya pasal azam baru pun aku rasa dah jadi topic basi
bukan topic azam je basi..azam 5 tahun yang lepas pun basi jugak
tak payahla.
apa yang best pasal tahun baru?
jawapan tulus aku = ni tahun last umur aku ada nombor 2 kat depan
by next year, aku dah join kelab BMW 3 Series
fine la..
kalau dulu zaman darah muda membuak2, aku tak pernah lepaskan peluang tengok bunga api malam new year
menikmati suasana & tengok gelagat orang
macam2..pelik2..semualah..
makan2..padahal bila2 pun still boleh makan
tahun ni..aku sambut new year kat kampung
malam new year tu lepas dinner,aku habiskan masa dengan mak tengok tv cerita remy ishak berlakon
duduk kat dapur sebab ayah dah conquer astro kat ruang tengah dengan adik2 aku
oh ayah..Man U kalah jugak
aku perhatikan tangan mak..dah banyak kedutnya
mata mak makin redup..rambut dah banyak yang putih
ayah pulak petang sebelum tu aku nampak susah benar nak bangun dari duduk antara 2 sujud
sakit2 sendi ayah kata bila aku tanya
tapi still kuat melayan tanaman kat belakang rumah
|
parent aku..habiskan masa berdua bersama2 adalah sesuatu yang sangat chomeellllll.... |
ayah & mak aku semakin berusia rupanya....
parent korang camne?
|
masa emas |
since aku kata tentang azam yang dah basi, aku nak tukar perkataan azam tu kepada
HARAPAN
ha..bukanla harapkan pagar, pagar tak boleh nak harap
ataupun harapan palsu
tapi ni Menaruh Harapan
Zaiton Sameon
ada list harapan?
ye..ye..aku ada
kang kalau tak list down kan aku lupa pulak
jom aku share
sambil berdoa tentang harapan aku start tahun ni:
1. aku tak nak memaki hamun....Astaghfirullah
2. berusaha memperbaiki kelemahan diri aku
3. perbanyakkan ibadah..banyak yang aku tertinggal
4. aku tak nak peduli cakap2 negative orang sekeliling..aku nak limitkan space dalam diri aku untuk orang2 yang aku sayang & menyayangi aku je
5. aku nak ada anak
6. selalu senyum..jangan kedekut ucap TERIMA KASIH
7. menghargai nasihat orang lain,even mungkin aku nampak dia macam ketam yang mengajar anaknya berjalan tapi hidayah Allah datang dari pelbagai sumber yang kita tak tau
8. aku nak tunaikan haji sebelum umur aku 40..dengan suami aku.
semoga Allah makbulkan
HARAPAN aku..Amin.
malam new year aku perah otak imbas balik apa yang aku dah sumbangkan pada parent aku
28 tahun hidup banyak mana faedah yang aku dah bagi
28% ?
sikit..sangat sikit....