Thursday, June 23, 2011

Dinner oh Dinner

sepanjang 2 minggu kebelakangan ni 1 opis sibuk berbincang pasal pakaian sempena dinner terakhir Sime Darby Engineering
takla 1 opis..beberapa orang perempuan je
tema kali ni :: Let's Retro (1983-2011)
aku dah terbayang skirt polkadot,rambut sepah2
tapi bila tengok tema balik,macam mana nak retro?
1983 aku just pakai lampin boleh cuci je..haha

masa bincang2 tu,kebanyakan pendapat kawan2 aku macam ke arah Hana Tajima style
eeh..diorang ni buat tema sendiri la kan
progress as of today, ada yang dah beli sikit persiapan dinner
aku?
cuma ada bulu mata palsu free
belum dapat idea la nak pakai macam mana

tapi arini aku surf kat internet, dapatla info2 berguna
meh..aku share sikit





1. Rambut
side ponytail
rambut messy
glitter
so,untuk yang bertudung bolehla ikat shawl macam tocang
tapi make sure tutup leher & dada okey

2. Skirt / Pants / Baju
off-shoulder shirt
tali pinggang tebal
seluar sendat
baju lengan kembang2
3/4 legging

3. Make Up
warna garang2 lipstick merah mak ngah
eyeshadow warna biru
bulu mata palsu yes!
fringe

4. Accessories
earing bulat & besar
headband
manik2
cermin mata besar


malam tadi aku dah pegi beli shawl color hitam
nak minta tolong Sarah carikan shawl polkadot
baru dapat idea nak buat style tudung macam mana *wink*
bila dah dapat complete idea, aku akan sketch bagi korang tengok
mana tau berguna 1 hari nanti






comel skirt ni..tapi kalau nak kena ketuk kepala cubala pakai

semangat membara nak pakai skirt tompok2 (polkadot)

Friday, June 17, 2011

no-turning back JOURNEY

life is a journey..long or not, its determined by God
people tend to choose a straight journey
perhaps that there's no miserable things happen along the way
left or right, its not a choice unless we've arrived at the junction
and now we're forced to choose the best..guess.



never..turn back


kadang2 apa yang kita mahu tak sehebat apa yang kita sangka
dan tak semua yang kita benci, buruk untuk kita
depends on how we accept the unpredictable things in our life
cepat atau lambat,masa je yang akan tentukan





relationship menggadaikan salah 1 perkara : kebebasan dan emosi
kalau mahu bebas tanpa kekangan,keep a distance from a risky relationship
kalau mahu someone, gadaikan sedikit kebebasan
pilih..mana 1.
aku harap aku dapat ubah persepsi ni..
tapi tak tau kenapa makin lama makin tebal
tapi lambat laun yakinla ada yang sebati..just at the right time .

Wednesday, June 15, 2011

MyArt

aku bukan berseni sangat tapi aku suka tengok benda2 cantik
lately aku suka try ambik gambar
selalunya aku suka orang ambik gambar aku je..ngeh3
tu pun lepas minat kepada DSLR timbul tetiba



try & error

bila sorang2 aku kena create activities menarik
rasa bosan tu aku kena halau shuhshuh..
lepas ni aku nak try banyak kali






dah sampai waktu untuk kau buka pintu ke dunia sebenar
pedulikan kata orang.

Monday, June 13, 2011

bedtime

surf internet atas katil memang tak best
sebab buat apa tengok screen laptop dengan mata separa buka?
mau tidur..dalam keadaan jeles
sebab tengok gambar2 kawan kahwin
cantik..wah!




tidurlah..lagi bagus.

Thursday, June 9, 2011

hmmmm....

semalam petang sambil tengok Nora Elena, aku sibuk perah otak pasal tema 'last' Annual Dinner 2 July nanti
belek2 magazines..lastly aku decided nak mix & match je
boleh kot untuk tema Retro
harap2 adala yang pakai rambut kembang2..baju polkadot..best!

lepas Isya' aku keluar for dinner
tempat yang biasa2 plus dah lama tak pergi
few minutes lepas makanan sampai tetiba hujan turun lebat tak ingat
dahla atap zink,just imagine bunyi hujan tu betul2 masuk dalam telinga
since meja aku kat tepi boleh tengok view Masai dari atas, tempiasla juga
nasib baik adik kedai tu turunkan bidai..kurang sikit aku mandi hujan
atap bocor2..so menitik2 air kena kat kepalala,badanla,makananla
meja bulat,then aku alih2 tempat duduk nak elak bocor
tak dapat nak move ke meja lain sebab sayangkan view punya pasal
alih sini,air kena kepala
alih sana,air kena badan
ok,fine! duduk je sini dan makan

aku makan diam2 sebab nak bercakap pun susah
mula2 aku nak tutup telinga tapi tetiba terfikir apa salahnya menikmati bunyi hujan yang mak-oi-sakit-telinga-aku-ni-ha
makan dengan baju yang dah lembap2..gegendang yang dah nak pecah..aku rasa something different

bagi kawan2 yang lahir 80's & early 90's, ingat tak buku Rampaian Agama Islam?
Darjah 3 tak silap aku
ada cerita 1 keluarga yang susah selalu makan nasi + ikan masin
itu pun dah kira mewah..kadang2 takde makanan pun
bila time hujan,atap bocor air hujan pun menitik dalam pinggan..jadila kuah
sedih.
dan kalau aku tak rasa keadaan dinner macam malam tadi, mesti aku lupa pasal buku tu
mesti jugak aku tak terfikir susah payah orang lain
dan mesti jugak aku kurang menghargai kehidupan aku.

hujan itu 1 rahmat



dalam apa jua keadaan, semuanya seperti selamat kalau bersama insan yang paling disayangi
menerima semua seadanya..bersederhana.


 aku suka lagu ni since the 1st time I heard it

Thursday, June 2, 2011

tempang

people come and go
aku yang statik kat sini just tengok je diorang pergi
dan aku tau lepas ni mesti lagi ramai yang akan pergi

dengan keadaan yang tak menentu
semua orang try to grab all chances
aku je yang tetap pegun
even otak aku dah jauh berfikir macam dah pusing 1 Malaysia
tapi aku tak ambik apa2 action pun
masih jadi batu.

aku transform keadaan sekarang dalam bentuk khayalan aku sendiri
terbayang kitorang macam anak2 ayam yang baru menetas
haish..bersepah2
inilah risiko yang diambil jika memilih bekerja dalam sektor swasta
tapi aku tak pernah menyesal pun (^,^)

setiap hari mesti ada orang datang cakap 'okey Noni,jumpa lagi eh..sorry for everything'
okey..takpe
masa aku akan sampai juga nanti..tengokla
tapi tipula aku kalau aku kata aku tak berapa ambik pot
sape nak bayar PTPTN aku nanti?





bye2 nanad..



today is Nanad's last day
i pray for her success and happiness.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...