I'm counting the days ♡
Friday, November 9, 2012
Wednesday, October 3, 2012
usha2 supplement
walaupun skarang aku ada kat opis..tapi khayalan aku tengah berjalan2 kat watson
nak survey supplement la :)
apa yang best ek?
dulu aku makan pharmaton & evening primrose oil..free dari medic kat opis..hehe
skang ni dah tak makan sebab aku malas pegi farmasi kat luar
la ni nak restart makan..plus makan jamu jugak
(kulit indonesian cantik ok)
*honestly aku terpengaruh dengan kemulusan kulit shila amzah & habit opismate yang makan multivit seperti pic kat atas*
Monday, October 1, 2012
renovation
blog ni tengah renovate
progress agak lemau bukan sebab ownernya lemau..huh!
tapi sebab fokus lari sanasini
salah satunya tengah busy dengan DIY projects
nanti aku share lepas blog punya apperance dah cantik sikit
bedtime..have a good snore-time.
set minda untuk esok yang positive.
*Bismikallahumma ahya wa amut*
Monday, July 30, 2012
sayangnya Dia kat kita..
Dalam hidup kita,siapa orang yang menjadi kesayangan kita?
Mak..
Ayah..
Family..
Boyfriend/girlfriend (yang belum tentu sayang kita)
Kawan2..
Tapi..
Siapa yang paling sayang kat kita sebelum mak & ayah..
Ye..Allah.
Menggunung dosa kita pun Dia masih bagi peluang untuk bertaubat
"owh..muda lagila..nanti dah tua bertaubatla"
Tak.Bukan sebab muda lagi atau tua nanti masa dah nak mati
Tapi sebab Dia buka peluang untuk taubat.
Luas.
Kenapa kita tak nak masuk pintu yang luas tu?
Dia boleh je bayar cash untuk dosa kita
Cash kat dunia..atau langsai kat akhirat
Takut?
Mestilah!
Nak dapat hidayah bukan senang..tapi kita terpaksa cari
Kena.
Dia sayang kita..lambat laun mesti Dia tolong
SayangNya bercambah + bercabang :)
Dalam apa jua keadaan, carilah Dia.
Masa gembira..itulah syukur
Masa bersedih..itulah bergantung
Dia selalu ada,ketika kita ingat atau lupa
Macam air yang ada pasang surutnya,hidup manusia sama juga..
Cuma macam mana manusia berharap pada Yang Satu,itu yang menentukan hasilnya
Aku..tengah ingatkan diri sendiri.
Jom,terawih!
*spread the loves sincerely..*
Thursday, May 24, 2012
masa kamu akan sampai,adik2!
sekarang ni aku tengah lepak kat kerusi-empuk-merah al-ikhsan sementara tunggu BFF pilih kasut futsal
aku??
aku tak bersukan maka tak retila gamaknya nak tengok sport stuff bagai ni
jadi kesempatan yang ada ni aku guna dengan observe gelagat orang yang keluar-masuk kedai ni
*thank you al-ikhsan sebab provide kerusi best ni*
tetiba ada sekumpulan budak lelaki lalu-lalang depan aku,tengok2 kasut
aku agak mungkin lepasan SPM
sambil tengok2 kasut diorang berpeluk tubuh dan bermuka segan2
ok..hati aku jadi sentap,ok..
aku faham dari gaya diorang tu,diorang teringin nak membeli tapi kandungan wallet tak mengizinkan..
kalau aku jutawan aku harap sangat dapat belanja mereka kasut2 tu..uhuk!
takpela adik2..nanti dah keje & ada gaji bolehla nak beli apa2 pun
akak pun dulu camtu gak..tengok jela
nak beli belum mampu ;)
Tuesday, May 22, 2012
mata..mata..mata
mata : deria penting yang kalau takde tak dapatlah kita nak tengok keindahan2 ciptaan Allah
mata-mata : stalker yang selalu menyemak dalam hidup kita
ok..sebenarnya aku nak short-story pasal mata yang semakin tua seiring usia
*sigh*
ada eyebag yang besar, juga dark circle umpama panda
aiyarrkkkk!!
jadi lately aku tergerak nak cari solution untuk masalah ni
1. letak kapas muka yang direndam dalam ais kat mata selama mana yang aku suka
(boleh letak timun tapi macam rugi je sebab baik makan timun tu as salad)
2. kurangkan duration pakai contact lens
3. krim mata..aha,yang ni aku baru beli brand Safi. Murah dan yang penting ada cop halal.
ohoi..aku jeles dengan orang yang bermata sihat ni
kalau mata sihat+cantik tak payah tenyeh eyeliner pun tetap comel..
since aku baru start berusaha minggu lepas,aku kena super rajin untuk tengok hasilnya sebulan lagi..
GOOD LUCK TO ME!
Monday, April 23, 2012
rutin yang dah jadi tak rutin
rutin apa yang makin hari makin tak penting tu?
BLOGGING!
auww..blogging uols jadi rutin rupanya
*walhal kebarangkalian tulis entry cuma 0.001% je tapi still nak kata rutin*
aku pun tetiba teringat tentang blog-hidup-segan-mati-tak-mahu ni bila mama Ariq tanya bila nak update blog
ehemm..
ni semua gara2 si tanda seruan yang dah replaced few pictures yang aku upload sebelum ni
sampai la ni aku tak dapat nak fix the problem
so..dengan mata yang dah ngantuk ni aku nak try upload picture
JOM!
ok..picture tu kat atas nun
still fikir camne nak letak picture kat celah bedah entry aku....
good nite (*,*)
Saturday, March 17, 2012
Pasha Ungu Ft. Adel - Penghujung Cintaku (video klip)
dah 2 malam aku layan lagu ni
rasa penuh kasih sayang (*,*)
Sunday, March 11, 2012
POPULAR Clearance Stock Sale!
Good news for ulat buku out there!
POPULAR tengah buat jualan penghabisan stok
discount up to 90%.. cool huh!
started on 8 March and will be ended on 18 March
this event took place at Plaza Pelangi Johor Bahru..
hurry, friends..grab the chance!
*jangan lupa bawa member card..kalau takde pun takpe (*,*) *
Saturday, March 10, 2012
apa erti 'me-time'?
pernah tak terdetik kat hati untuk ponteng keje semata2 membuat suka2-thing dengan kawan terbaik kita?
membohong kalau tak pernah!
tapi berapa kali niat tu termakbul?
dan kalau termakbul pun betul2 ke kita enjoyed that moment?
owh..apsal tetiba aku merepek pasal ni?
sebab aku la makhluk yang ponteng keje &melepak dengan bestie aku..ohok2
mula2 macam manis tapi bila dah nak petang mood tak berapa nak manis
habis manis sepah bersepah2
semua seems tak kena je
haish..mengapa la engkau ni tetiba gemar bersuara tegas dengan aku
hoi..geramla aku camni!
*rimas btol la couple sebelah ni tergedik2*
why?
*aku sambung balik entry aku*
because people get to grow older
and is adapting their surroundings
people don't change....
Monday, February 20, 2012
lena diulit nervous nak dapat surat benti keje
tapi mata tak boleh nak lelap sebab teringat hari esok
mulut pula tak sabar nak cakap 'Selamat datang hari baru..' sambil tangan ambil surat termination..
Ok..tu aku berangan je
tidur dulu
nak nervous tunggu esok jela
nanite ®
posted from Bloggeroid
Wednesday, February 15, 2012
Almost A Million House!
kau rasa aku mampu??
mimpi ada laa..
sebenarnya aku tak terfikir pun nak pegi launching session rumah tu
aku ingat ni launching rumah mampu milik yang aku dok usha2 kat tepi jalan Bandar Seri Alam tu
rupa2nya aku salah twmpat daa..
memangla rumah yang dilaunching tu kat Seri Alam jugak..tapi rumah lain
rumah mampu-ss milik..haha
alang2 dah sampai takkan la aku setakat nak makan nasi beriyani free je kan
mestila kena observe umpama aku la bakal buyer korang wahai developer
fine la..secara jujurnya hati perempuan aku kata berbaloi la kalau husband aku nanti beli
haha..ye,bukan aku yang beli
rumah besar 30' x 80'
semi-D double storey
5+1 bedroom (yang 1 tu bilik pembantu kat bawah..tapi bilik pembantu pun macam bilik kedua rumah kat Taman Tg Puteri kau tau)
5 bilik air hotel designed..ada bath tab lagi kat master bedroom
built wet&dry kitchen
alarm system & CCTV provided
1kawasan perumahan tu kau punya (kalau kau belila kan..)
super privacy..takde orang kacau even polis pun
nak tau lebih lanjut..sila lawat show house tu kat Bandar Seri Alam..
gambar aku je kan..
memang,sebab aku excited masuk rumah tu..hehe
Sunday, February 12, 2012
a gift for a friend
sebelum tidur..balut hadiah untuk seorang teman
doa untuknya : semoga perkahwinannya diberkati Allah & berkekalan hingga ke syurga
Amin..Ya Rabbal Alamin....
Next entry >>>> rumah almost a million
ZZZZZZ....
wedding lagi..
Add caption |
kali ni aku attend wedding officemate Noor Hafizah
*tak boleh tag nama ok kat blog*
kat Felda Taib Andak
1st thing apa yang aku fikir..?
of course la Mawi..haha
sesampai je kat sana terasa macam ahli keluarga pengantin pula
baju aku sebijik sebijon sama kaler..uuh!
kat UTM aritu sama jugak..huhu
ambil bau2an & aura pengantin ni bagus®
tanda registered tu bermaksud ayat motivasi untuk diri sendiri
Saturday, February 11, 2012
my movie time
hasrat nak tengok Haywire hancus lebuss..
Haywire..cite pasal..ermmmm..ntah
tak tengok sinopsis..hehe
terpaksa tengok Safe House
*tetiba teringat aku da off seterika ke belom tadi..harap2 dah*
boleh pulak MBO ni tak nak tayang Haywire
marah btol la kan..
ok..lagi 8minit show da nak start
bye!
Friday, February 10, 2012
testing no 2
serius..best.
good..at last found out the simplest 1..
yippy!
Testing..
Orait!
Last time try blogging guna phone dah serupa penulisan serba salah.
So..mana ntah nak edit segala font pun aku tak reti
try!
try!
try!
try!
ok....kita publish jom..
posted from Bloggeroid
Saturday, February 4, 2012
wedding yang best kat Rumah Alumni UTM
1st time attend wedding kat UTM area..
Best rupanya..rasa educated abes..
Hahahaha..tak dapat study kat UTM datang untuk wedding kawan pun ok apa....
yang bestnya sebab baju aku ikut tema family pengantin
nasib baik aku sedar diri tak duduk kat meja makan beradap kang tak pasal2 kena pukul
saje pose kat tasik UTM..tempat pengantin buat photoshoot |
So..then amik kesempatan melepak kat kopitiam dengan baju kurung
Haish..tetiba bunyi bising2 gendang & naga joget2 Bukan dah abes ke CNY??
oooo..ada tarian naga |
leisure2 macam ni memang best!
Friday, February 3, 2012
berita best terutama untuk Johorean..opening soon,guys!
yes..it is.
L.E.G.O.L.A.N.D |
exact time tak dapat dipastikan lagi
maybe somewhere in 4th quarter 2012
since Legoland will be opening soon, diorang buat promo untuk entry ticket..
beli tiket (Annual Pass) sekarang then boleh enjoy unlimited entry up to 3 months dalam tahun 2012 & sepanjang tahun 2013 *pemahaman aku le*
harga Annual Pass seperti kat bawah :
Adult : RM 195.00
Children (age 3-11) : RM 150
Senior Citizen (age 60 and above) : RM 150
jadi..sesapa yang nak tau lebih lanjut tentang Legoland bolehla klik kat sini
hihuuuu..kalau sebelum ni kita semua excited sangat nak pegi Universal Studio Singapore, lepas ni jom excited pegi Legoland Malaysia pulak..
Friday, January 27, 2012
usaha tangga kejayaan walaupun tak berapa beria2
wah..akhirnya dapat juga update new entry through laptop ni
padahal sebelum ni susah bebeno aku nak taip walau 1 huruf kat ruang post ni
loading memanjang sampai aku bosan then terus layan Youtube Faradyable
rupa2nya baru aku tau kena tukar Google Interface..heh!
so ni first time post new entry guna interface baru + lepas penat berfikir camne la nak hapuskan perkataan "LOADING" ni..
sampai poyo abes, siap isi Question Form bagi kat Google Team
haru betul.
petang tadi lepas tengok baby boy Yana aku gagahkan diri nak buang bangkai tikus kat depan rumah
uuh..geli humangaih..
boleh pulak makhluk tu nak berkubur depan rumah aku
fine la tikus..fine
so esok kenala aku cuci lantai depan tu sampai berkilat & wangi
takkan la harapkan bunga orkid je lawa kat depan rumah tapi ada bau tikus??
yewwwwwwwwwwwrrrrrrkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!
*tetiba*
cet..baru aku teringat aku dah upah orang untuk buang bangkai tikus tu
tapi haremmmm jadi janji palesu
ni mesti pura2 lupa lepas tu bagi alasan konkrit nak tengok bola
bola yang sebijik tu pun beria2 ko tengok eh..
bayangkan aku memukul oarng upahan yang patut buang bangkai tikus |
esok macam nak shopping kat Jusco la....mind teraphy..lalalala
masuk fitting room setakat snap picture je..tak beli pon baju ni walaupun chentaaaa.. |
Thursday, January 19, 2012
taip entry sambil makan aiskrim solero
rupa2nya boleh buat new post la..
pesal apa dah dekat 2 minggu aku try tak boleh?
asik loading je
dish!
mesti laptop aku ada masalah
serius.
terpaksa curi2 buat entry kat opis
jam 1.41 pm , 19 January 2012 :
1. aku - curi2 buat entry baru
2. jiran sebelah aku - main game dalam handphone + tengok movie apentah kat laptop
3. jiran cubicle sebelah -still mamai2 macam nak sambung tido balik
4. jiran dia pulak - baca malaysiaini online
5. jiran seberang meja - tengah tengok full house
6. jiran seberang sorang lagi - main FB
7. jiran seberang yang lagi 1 - tengah tido lena
fine..bos takde
patutlah........
Tuesday, January 3, 2012
2012..dunia akan berakhir??
tapi..bersedialah kita semua umat..
sesungguhnya rahsia Allah terlalu besar dan tak terjangkau dek akal.
Wallahu'alam.
esok : 4 Januari 2012
nak tanya pasal azam baru pun aku rasa dah jadi topic basi
bukan topic azam je basi..azam 5 tahun yang lepas pun basi jugak
tak payahla.
apa yang best pasal tahun baru?
jawapan tulus aku = ni tahun last umur aku ada nombor 2 kat depan
by next year, aku dah join kelab BMW 3 Series
fine la..
kalau dulu zaman darah muda membuak2, aku tak pernah lepaskan peluang tengok bunga api malam new year
menikmati suasana & tengok gelagat orang
macam2..pelik2..semualah..
makan2..padahal bila2 pun still boleh makan
tahun ni..aku sambut new year kat kampung
malam new year tu lepas dinner,aku habiskan masa dengan mak tengok tv cerita remy ishak berlakon
duduk kat dapur sebab ayah dah conquer astro kat ruang tengah dengan adik2 aku
oh ayah..Man U kalah jugak
aku perhatikan tangan mak..dah banyak kedutnya
mata mak makin redup..rambut dah banyak yang putih
ayah pulak petang sebelum tu aku nampak susah benar nak bangun dari duduk antara 2 sujud
sakit2 sendi ayah kata bila aku tanya
tapi still kuat melayan tanaman kat belakang rumah
parent aku..habiskan masa berdua bersama2 adalah sesuatu yang sangat chomeellllll.... |
ayah & mak aku semakin berusia rupanya....
parent korang camne?
masa emas |
since aku kata tentang azam yang dah basi, aku nak tukar perkataan azam tu kepada HARAPAN
ha..bukanla harapkan pagar, pagar tak boleh nak harap
ataupun harapan palsu
tapi ni Menaruh Harapan Zaiton Sameon
ada list harapan?
ye..ye..aku ada
kang kalau tak list down kan aku lupa pulak
jom aku share sambil berdoa tentang harapan aku start tahun ni:
1. aku tak nak memaki hamun....Astaghfirullah
2. berusaha memperbaiki kelemahan diri aku
3. perbanyakkan ibadah..banyak yang aku tertinggal
4. aku tak nak peduli cakap2 negative orang sekeliling..aku nak limitkan space dalam diri aku untuk orang2 yang aku sayang & menyayangi aku je
5. aku nak ada anak
6. selalu senyum..jangan kedekut ucap TERIMA KASIH
7. menghargai nasihat orang lain,even mungkin aku nampak dia macam ketam yang mengajar anaknya berjalan tapi hidayah Allah datang dari pelbagai sumber yang kita tak tau
8. aku nak tunaikan haji sebelum umur aku 40..dengan suami aku.
semoga Allah makbulkan HARAPAN aku..Amin.
malam new year aku perah otak imbas balik apa yang aku dah sumbangkan pada parent aku
28 tahun hidup banyak mana faedah yang aku dah bagi
28% ?
sikit..sangat sikit....