Thursday, August 11, 2011

apa kebaikan yang kau dah sumbangkan arini..?

soalan khusus daripada aku untuk aku
dan soalan am daripada aku untuk korang
tak payah jawab kuat2
jawab slowly je asalkan diri sendiri dengar..cukup.

ok..kebaikan yang kita buat tak elok kalau nak digebang2kan
boleh menerbitkan rasa riya',takbur,ujub dan banyak lagi sifat mazmumah
tapi kalau untuk peringatan & kayu pengukur kesederhanaan diri,takpe

pagi tadi, aku dapat 1 forwarded email dari sorang kawan
1 kisah benar tentang keredhaan sorang ibu terhadap kematian anak lelaki tunggalnya seusia 4 tahun
ada part yang menarik dalam kisah tu
aku share.... mengapa mak tak menangis kerana kematian abang
*abang merujuk kepada anak lelaki 4 tahun tu*

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.






tak susah pun nak tabur kebaikan
senyum pun dah dikira berbakti
apa kebaikan aku semalam?
aku siram pokok bunga jiran sebelah
arini..?

No comments:

Post a Comment

(~,~)thougth of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...