Tuesday, May 31, 2011

aku tengah lemas

'Sime Darby to Dispose Oil & Gas Assets' on 27 May 2011
email pun dah circulated among staff dan ada yang fainted due to this aku tipu part yg pengsan tu
Sime Darby entered MoU dengan Petronas & MMHE for the proposal to dispose oil & gas assets
Petronas : proposal to sell Teluk Ramunia yard for RM 296 million
MMHE : proposal to sell Pasir Gudang yard fro RM 399 million


ok..aku tetiba rasa macam sampah : dispose 
OMG! aku jerit dalam hati
lepas baca email tu,aku fikir langkah selanjutnya
apa yang patut aku buat?
lastly aku decided untuk cuti dari Sabtu petang sampai Isnin
kalau stress & boring memang kena macam tu, baru rasa best


berbalik pada news tentang disposal of Sime Darby Engineering, aku pun tergolong dalam orang yang sedih
sebab..aku terpalit sekali
aku tak tau apa yang aku kena hadapi nanti
kena buang kerja ke..VSS ke..continue with new employer dengan new term of employment ke..
so, aku kena ade alternative plan
bila fikir balik,aku ketawa sendiri
sebab plan asal aku lepas aku ada 1 project dengan Engineering Department aku nak try MMHE pulak
tup..tup..SDE kena jual kat MMHE la
dah terbantut pulak..ceyh!


tapi takpela,aku rasa sedih sikit dan tu perasaan normal manusia yang berada kat tempat aku
beruntung sebab aku berada dalam zon redha sekarang ni
haish..lepas ni boleh ke tenteram dan redha dengan senang lalalala?
walaupun sebelum ni aku antara manusia yang tak teruja nak update CV & cari vacancies, sekarang aku dah kena start bergerak
even pergerakan yang aku maksudkan hanyalah berfikir

bussiness memang macam ni
aku bukan golongan tu jadi aku tak nak over2
masa depan akan datang sendiri
apa yang aku boleh buat sekarang just bergerak2la buat sesuatu
nak say goodbye to SDE?
or, SDE in memories?
not yet.






just believe.

Thursday, May 26, 2011

May Trip : Malacca

post yang terperam selama 2 minggu (^_^)


aku pergi Melaka lagi..ngeh3
sampai bila2 pun memang aku suka nak jalan2 kat sini
kali ni aku nak jadikan trip tu 1 kemestian wow!

lepas keje half day Sabtu aritu aku Sarah & Nurul berdessup pergi Melaka
hotel..aku dah booked kat Lekiu House
boutique house ala Baba Nyonya
best gila..thumbs up! jari kaki pon naik sekali!

kitorang nak lepak2 je kat Melaka nun
takde priority apa2 kecuali Nurul yang pegi Melaka semata2 nak beli selipar jamban
fine..
habiskan masa kat Jonker Walk
leisure time

yeye..tempat jatuh lagikan dikenang
boutique hotel..nampak biasa di luar tapi best kat dalam
snap dalam toilet..comel!
cendol time..kat sebelah gerai tu gerai jual karipap & air kelapa marvelous (lihat gaya Sarah)

hehe..kuat makan bebudak ni

hnss..hnss..universiti kebanggaan kami
Malacca sangat mesra alam..so does Sarah

a view dari dalam boat
memang kuat makan..location Jonker Walk

pop-pop durian yang aku mimpi2 sampai skarang

Sarah ulangalik kat stall ni 10 kali
every weekend nights memang ada tarimenari..syok woo.Chinese boy tu memang super terror menari

salah 1 shot yang aku suka kat kedai owner guest house tempat we all stay
bicycle ni pun..comel
coffee for breakfast on the next day

pecahlaju session

daki bukit..buang lemak

take 5..penat ok daki bukit

i love this shot
last destination kat Dataran Pahlawan

we will be here again..takkan jemu





memories cannot be erased
remember,feel and learn
your life will be awesome

Tuesday, May 24, 2011

isu kahwin lewat

semalam masa driving balik dari opis aku dengar isu tentang melewatkan perkahwinan kat Hitz.fm
aku dengar in the middle of discussion so I can't captured it well
jadi,malam tadi aku berteleku tengok Buletin Utama..nak tau issue ni in detail

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengetengahkan issue ni
kalau ikut Utusan arini, 30% perempuan umur 25-29 tahun blom berkahwin
lelaki pula 25% lingkungan 30-34

ok..aku musykil sket ke aku yang tak pernah tau?
ada eh limit umur untuk seseorang berkahwin?
maksudnya..ada kriteria umur ke untuk kategorikan kahwin lambat ke cepat?
dan golongan yang dimaksudkan adalah berpendidikan tinggi

maybe ada betulnya LPPKN risaukan mereka yang blom kahwin
sebab boleh bagi kesan pada institusi kekeluargaan
fine..
tapi,kalau jodoh blom sampai sape pun tak dapat nak buat apa2
apa pun tak boleh! kata JAMBU

ini personal opinion aku tapi aku tak niat nak object mana2 pendapat :
kita kira lepas SPM la
lepas tu buat Matrikulasi 1 tahun
then sambung buat degree Engineering  4 tahun
kalau medic lagi lama kan
lepas tu kerja
nak menikmati kehidupan selepas 17 tahun belajar (included tadika) lagi
nak beli itu..ini..biasala,jiwa muda
dah berapa? gitu gini 25-26 tahun
masa ni baru sempat nak kenal2..kawan2
masa belajar dulu pulun buat assignment,pulun nak dapat dean list
mana tau dapat discount PTPTN

itu kalau smooth..ada bf terus menjadi
kalau tak? nak start over lagi
biasala,semua orang ada demand
even nak beli ikan pun kena memilih..apa lagi nak pilih pasangan

lain kesnya dengan yang kahwin awal
diorang dah menikmati beberapa tahun kehidupan lebih awal compared to kawan2 yang tengah bertungkus lumus belajar
ada masa berkawan..memilih

kalau jumpa jodoh masa kat menara gading,ketentuanNya la kan
tapi tak ramai macam tu
jumpa time belajar pun belum tentu terus kahwin
ambil masa lagi

bagi aku,kahwin lewat tu ada banyak sebab
kadang2 hati tak terbuka buat apa nak paksa
bukannya terlampau memilih..kalau ada pun segelintir je
belum ready.





Allah dah tentukan jodoh setiap hambaNya
berimanlah kepada Rukun Iman,InsyaAllah semuanya selamat

Monday, May 23, 2011

sangap

sangap gila la arini
sangap maksud aku bukan menguap
tapi blur..kosong..ntahapa2
dudukbangundudukbangun tak nak buat apa padahal ada je keje kena buat
bosanla infiniti



kejapla..aku nak berangan pasal makanan

ikan bawal stim yang 1st time aku masak

ketam sluurrpp2 + nasi hujan panas




sure uols pernah tengok cerita Devil Wears Prada kan?
bosan gila keje macam tu..tapi boleh cantik2 la
tetiba aku cerita pasal Devil Wears Prada sebab aku tengah pegang compact powder yang aku baru beli semalam
takde kaitan pun bolehla
kena touch up sket before pegi lunch kat luar
macam drama2 kat TV tu



aku kat workspace tapi buat keje lain


apa pekerjaan impian korang?
aku? entah, aku pun tak sure
jadi surirumah boleh tak?
pun bosan juga eh,buat keje yang sama berulang2 daripada celik mata sampai nak pejam mata
jadi engineer? sounds good tapi ada part bosan juga
macam aku skarang
haishhhhh....

Friday, May 20, 2011

more to go

*senyum lebar2 sampai mulut rasa nak terkoyak*
aku ada beberapa entry nak buat
tapi selalu je tak sempat
lately tidur dengan nyenyak..makan pun berselera
hidup terasa hebat..hati terasa sangat penuh!



ini..untuk aku lepaskan rasa gian untuk mengarut2





sometimes we need a space for ourselves
to get some fresh air
and find new views

Wednesday, May 11, 2011

maresma tu sekolah aku

ermm..aku kena menghela nafas panjang2 sebelum menaip
sebabnya aku tengah diserang cirit-birit ringan
memang aku salah makan..makan masakan sendiri.

aku tergerak hati nak buat entry ni sebab lately aku baca banyak cerita pasal kes buli kat MRSM Kuantan kesayanganku itu
termasuklah 1 blog penjelasan sorang cikgu MRSM Kuantan, teacher Wan
ada yang menyokong,ada yang menghentam commenters dari blog teacher Wan
aku tak ambik kira comment2 kenyataan media yang lain sebab tu bukan tempat yang layak untuk aku berteleku pun

aku baca artikel artis tu direct dari blog teacher Wan
sekaligus dengan penjelasan balas sekali

bagi aku,buli dan gaduh 2 benda yang berbeza
biasala benda2 macam tu..nama pun duduk hostel
kalau aku kat tempat student yang tumbuk si Ammar tu,bukan setakat tumbuk..aku lempang mulut dia
tu bukan buli,tu namanya melibas si celupar
aku kata KALAU aku jadi student tu..a
ku taknak jadi Ammar sebab sakitla kan kena tumbuk
dan aku bersyukur sebab parent aku bukan artis

apa2 pun bagi pro-MRSM out there..cool je macam teacher Wan
kita pun tak nak tergolong dalam golongan cetek akal
aku duduk sana 2 tahun relax je 1999-2000
memang cikgu2 jadi ibu bapa kedua
ada mama/papa homeroom
ada adik beradik
panggil pengetua pun 'Bonda'
semua benda terjaga

biasalah duduk hostel
masa ni la nak bercampur gaul dengan kawan2 yang datang dari macam2 latarbelakang
masa ni jugakla nak belajar tentang hidup
tau cara hidup bukan setakat 'book smart' tapi 'street smart ' jugak
belajar menghargai setiap detik dengan setiap orang kat sekeliling
barula ada panduan nak handle masalah
ada cerita nak sampaikan pada anak cucu

berdasarkan cerita kena tumbuk sebab dimalukan depan orang ramai tu aku rasa benda kecik je
tumbuk sekali bagi peringatan 'budak,ko jaga sket mulut ko'
belum kena minum air dalam kasut
belum lagi kena baling dengan apam kuning kat dewan makan
belum lagi kena letak minyak kapak berlambak2 kat kerusi
belum lagi kena siram dengan air rendaman baju yang disimpan berhari2
semua belum!
kalau nak kata buli,jauh panggang dari api
orang berakal taula buli tu macam mana..tau juga tindakan wajar yang patut diambil

aku ingat lagi Encik Ejam yang selalu cakap lembut2 tapi tegas
Ustaz Dollah yang garang tak hingat ke sana ke mari bawa rotan
budak2 respect,apa
aku juga ingat 1 batch dengan aku dulu ada sorang girl,ayah dia CEO 1 company oil and gas
kalau aku mentioned semua orang yang tengok berita tau
kalau setakat menghadap gossip hari2 memangla tak tau
ayah tiri dia pula pelakon senior kalau aku sebut confirm korang kenal
mak dia..orang kuat Istana Budaya
sikit pun tak pernah berlagak..sangat low profile,bijak pulak tu
full package!
kitorang tau pasal family dia pun sebab 1 hari tu mak & ayah tiri dia datang visit on Sunday
sumpah low profile sangat
pasal ayah dia,kitorang tau pun sebab accidentally dia pernah ajak singgah office ayah dia nak ambik barang
kalau aku ni obses mesti aku dah sibuk ambik gambar dengan dia

lagi 1,classmate aku kerabat diraja XXXX
serious 1 kelas memang tak tau
takde pun nak beria cari publisiti

daripada pemerhatian aku la sorry kalau pendapat aku salah
orang dihormati bukan sebab rupa yang cantik
tapi pekerti yang baik dan ilmu di dada
sepanjang aku bersosial, orang yang berilmu ni biasanya lebih low profile daripada orang yang kosong
tak taula kalau memang kawan2 aku dari golongan yang berIQ tinggi
macam padila,makin berisi makin tunduk

jadi,kalau rasa diri tu hebat..pegila belajar kat skolah lain
MRSM untuk orang yang betul2 memerlukan
dan MRSM takkan biarkan maruahnya dicalarkan dengan kejam
apa2 pun,aku tetap sayang MRSM Kuantan





selepas mak & ayah, orang yang paling aku hormat ialah cikgu2 aku
untuk teacher Wan, steadyla!
we always on your side *love*

Tuesday, May 10, 2011

cermin

ada apa dengan cermin?
kenapa kita tengok cermin?
mestila sebab kita nak tengok cacat cela yang ada kat diri sendiri & buang cepat2
cuba 1 hari tu kita keluar rumah tanpa tengok cermin
entah apa yang ada kat muka pun kita tak tau
taik mata ke..lada kat gigi ke..lipstick terlebih ke
so, tula yang aku nak maksudkan : refleksi


dalam hidup,macam2 benda boleh jadi cermin
aku bagi contoh : tingkah laku orang yang kita jumpa setiap hari

Situasi 1:
melepak dengan kawan2 kat kedai mamak
1 kawan sibuk bercakap tanpa henti, banyak karenah dan perengus
kadang2 cut off perbualan orang & menegakkan pendapat macam dia sorang yang betul
Pengajaran 1:
jangan jadi macam dia.sangat menjengkelkan
lebih dahsyat,kurangkan bercampur dengan orang macam tu
nanti terpalit sama
Cermin 1:
maybe kau ada menggedik dengan orang lain
ataupun over kepoh
ataupun kepala batu macam kau bagus sangat
bawa2la jadi matang

Situasi 2:
in relationship with someone special kau je perasan dia tu special
makin lama penggunaan ayat macam haram
tak boleh salah sikit,senang je nak guna bahasa kasar & kesat
kadang2 selamba bergurau tahap calar muka depan orang lain
alasan : masa tu tengah penat busit
serupa macam kau yang melukut kat tepi gantang
Pengajaran 2:
sound sket..kalau tak makan saman, slowly avoid daripada berborak
kalau dia samaratalayan kau dengan kawan2 dia,maknanya dia tak sayang kau pun
baik kau jaga hati kau sendiri,tak payah harapkan dia
Cermin 2:
kau ada guna ayat tak boleh blah kot..

Situasi 3:
stalker penyemak lagi penyibuk
selalu nak jadi wakil rakyat tanya hal kau
kadang2 dah macam si beruk mengajar itik berenang
Pengajaran 1:
kalau kau mampu,lempang mulut dia
tapi kalau tak, senyum je tak payah jawab
sebab aku yakin kalau kau jawab si stalker tu lagi gembira menyibuk hal kau lagi lepas ni
Cermin 3:
mesti kau pun selalu nak tau hal orang,sebab tu orang pun sibuk amik tau hal kau
jangan sibuk jaga tepi kain orang, tak sedar kain sendiri koyak

Situasi 4:
social network addict
kat mana2 memanjang berFB, berTwitter..
kadang2 bila kita call dia tanya nak apa
tanya khabar la woi!
lepak sama pun still focusing kat handphone
dah gitu buat apa hang out sesama?
Pengajaran 4:
kalau dah keluar hang out, tak payah ON social network
kalau nak juga, hang out dari rumah through FB..boleh?
Cermin 4:
kalau kau tak jaga hubungan realiti berbanding hubungan maya,jangan nangis kalau tetiba kau takde kawan





apa yang jadi setiap hari depan mata kita bukanlah takdir semata2 bagi aku
tapi ada pengajaran penting yang memerlukan pemerhatian teliti
kadang2 kita selalu fikir apa yang kita buat ialah terbaik sampaila 1 masa bila kita tak dapat apa yang kita nak, baru kita sedar langit tu tinggi ke rendah




kenapa aku tulis pasal cermin hari ni?
sebab aku tengah takde mood
apa yang akan korang buat kalau tengah takde mood?
aku..baca @ tengok benda2 yang kelakar
aku baru je lepas tengok Sentap , kelakar gila la
terbaik!
laughter is the best medicine *smile*

Friday, May 6, 2011

LOSER : read this!

nobody deserves to be called an IDIOT
only IDIOT calls others so
if you think that you're not..good.
and this entry purposely for those who are thinking that they're brilliant enough but actually not
so,how shall i write this word?
can we use NO-BRAIN?
much better isn't it..

within these few months, lot of people had grabbed the opportunity to be in another companies
the reasons?
i'm not so sure but i guess it might be a better offer..
or nearer to their hometown..
or maybe to change the working environment..
or gain new knowledge..
what else?
because of colleague?
who knows..

whatever their reason is, its their right to vote for the best choice
others only can share the opinions,that's it

if you're the boss,giving your advice would be better than complaining about your staff that will leave your team
it shows your weakness,der!
who the hell you're to threat them about their future?
are you a God? damn!
you, yes..you..just a normal human that only been given a temporary-power
if you said ' kalau sekarang u buat kita macam ni, next time orang akan buat u pula..'
oi, please la stop praying for bad things
pengecut la kau cakap macam tu
don't ever threat people like you're a small thinker
let them go..because that's what they want
let them feel the new world
let they create their own path
kalau tak cuba mana nak tau,dowh.

tak payahla kata sebelum ni kau sambung contract orang,they have to pay for what you gave them
itu rezeki diorang  and you're responsible to award them based on what they had done
kalau kau rasa nak mengungkit,awal2 tak payah bagi anak2 buah kau apa2
jadila macam tukun duduk lama2 takde movement
people move to improve,bukan jadi tukun..okey.
kalau nak jadi tukun,jadila sorang2 jangan ajak geng
if you think that you're the ONLY one who is always on the right track, you're totally suck
buat apa Tuhan jadikan ramai2 orang dengan macam2 hati?
baik Tuhan duplicate je kau..buatla kau x sejuta = sejuta kau
nak ke? I'm sure you'll sick of them le

for my friends out there, leave your fate to God
follow your needs, not others
you choose for your own good
and be responsible for that



what shall we classify the person who is having a GTH-attitude?
LOSER.

Sunday, May 1, 2011

durian & dim sum

sebagai intro, pic aku dengan En Chef
pesta buah2an anjuran FAMA pada 27-30 April 2011
berlokasi di Pasar Tani Datin Halimah


aku pegi 1st day..semangat walaupun aku penat
aku harap ada mangga yang manis2 & durian yang puas hati jilat jari kat sana nanti
aku nak manggis juga memang tak boleh tolak walaupun aku dah kenyang

sampai sana dalam pukul 8 lebih aku tak nampak ramai orang
mula2 aku ingat pasar malam yang dah nak tutup tapi bila tengok balik signboard memang betulla pesta buah2an
tanya2 kat peniaga kat situ dia kata ' ni dah kira ramaila ni '
eeh..sikit bebenor orang yang datang!?
aku agak kurang promosi ni..

pusing2 aku singgah kat kedai mangga
makan2 sikit mangga display,sayangnya tak sampai tahap kehendak tekak aku
pusing2 lagi pastu aku singgah makan durian D24
ada durian Musang King tapi tau pulak aku mana 1 yang best..
aku minta sebiji je sebab aku takut kenyang lepas ni aku nak p makan dim sum pulak
manggis takde jadi lepas bedal durian aku balikla
okla kot dapat lepas kempunan makan durian..



before terkam durian,kena capture picture dulu
close up for your eyes *smile*



malam tu aku makan dim sum okey,first time nak makan ni
aku makan kat Malay Village
aku rasa ramai yang tau tempat tu
depan kompleks MAWAR sebelah kanan sebelum sampai Dataran Bandaraya Johor Bahru
environment memang cool
ada bunyi angklong lagi..memang recommended la untuk si stress2 out there



honey lemon and lychee tea


5 jenis dim sum..sorry,aku lupa nama dia
see..see..aku bagi you all tengok dim sum dalam tepen
1st time makan dan aku terus jatuh cinta..muahaha
ada banyak landscape menariktertarik..i like!


entry kali ni aku cerita pasal makanan
next time akan ada entry pasal makanan juga
sambil makan sambil cuci mata bersih2 sambil relax2 menikmati hari



berhenti makan sebelum kenyang
sambil makan ingatlah pada mereka yang kurang makan
jangan suka membazir..so ambil sekadar perlu saja
selain mengelakkan kegemukan yang dibenci, dapat jaga kesihatan juga
*peace*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...