ermm..aku kena menghela nafas panjang2 sebelum menaip
sebabnya aku tengah diserang cirit-birit ringan
memang aku salah makan..makan masakan sendiri.
aku tergerak hati nak buat entry ni sebab lately aku baca banyak cerita pasal kes buli kat MRSM Kuantan kesayanganku itu
termasuklah 1 blog penjelasan sorang cikgu MRSM Kuantan, teacher Wan
ada yang menyokong,ada yang menghentam commenters dari blog teacher Wan
aku tak ambik kira comment2 kenyataan media yang lain sebab tu bukan tempat yang layak untuk aku berteleku pun
aku baca artikel artis tu direct dari blog teacher Wan
sekaligus dengan penjelasan balas sekali
bagi aku,buli dan gaduh 2 benda yang berbeza
biasala benda2 macam tu..nama pun duduk hostel
kalau aku kat tempat student yang tumbuk si Ammar tu,bukan setakat tumbuk..aku lempang mulut dia
tu bukan buli,tu namanya melibas si celupar
aku kata KALAU aku jadi student tu..a
ku taknak jadi Ammar sebab sakitla kan kena tumbuk
dan aku bersyukur sebab parent aku bukan artis
apa2 pun bagi pro-MRSM out there..cool je macam teacher Wan
kita pun tak nak tergolong dalam golongan cetek akal
aku duduk sana 2 tahun relax je 1999-2000
memang cikgu2 jadi ibu bapa kedua
ada mama/papa homeroom
ada adik beradik
panggil pengetua pun 'Bonda'
semua benda terjaga
biasalah duduk hostel
masa ni la nak bercampur gaul dengan kawan2 yang datang dari macam2 latarbelakang
masa ni jugakla nak belajar tentang hidup
tau cara hidup bukan setakat 'book smart' tapi 'street smart ' jugak
belajar menghargai setiap detik dengan setiap orang kat sekeliling
barula ada panduan nak handle masalah
ada cerita nak sampaikan pada anak cucu
berdasarkan cerita kena tumbuk sebab dimalukan depan orang ramai tu aku rasa benda kecik je
tumbuk sekali bagi peringatan 'budak,ko jaga sket mulut ko'
belum kena minum air dalam kasut
belum lagi kena baling dengan apam kuning kat dewan makan
belum lagi kena letak minyak kapak berlambak2 kat kerusi
belum lagi kena siram dengan air rendaman baju yang disimpan berhari2
semua belum!
kalau nak kata buli,jauh panggang dari api
orang berakal taula buli tu macam mana..tau juga tindakan wajar yang patut diambil
aku ingat lagi Encik Ejam yang selalu cakap lembut2 tapi tegas
Ustaz Dollah yang garang tak hingat ke sana ke mari bawa rotan
budak2 respect,apa
aku juga ingat 1 batch dengan aku dulu ada sorang girl,ayah dia CEO 1 company oil and gas
kalau aku mentioned semua orang yang tengok berita tau
kalau setakat menghadap gossip hari2 memangla tak tau
ayah tiri dia pula pelakon senior kalau aku sebut confirm korang kenal
mak dia..orang kuat Istana Budaya
sikit pun tak pernah berlagak..sangat low profile,bijak pulak tu
full package!
kitorang tau pasal family dia pun sebab 1 hari tu mak & ayah tiri dia datang visit on Sunday
sumpah low profile sangat
pasal ayah dia,kitorang tau pun sebab accidentally dia pernah ajak singgah office ayah dia nak ambik barang
kalau aku ni obses mesti aku dah sibuk ambik gambar dengan dia
lagi 1,classmate aku kerabat diraja XXXX
serious 1 kelas memang tak tau
takde pun nak beria cari publisiti
daripada pemerhatian aku la sorry kalau pendapat aku salah
orang dihormati bukan sebab rupa yang cantik
tapi pekerti yang baik dan ilmu di dada
sepanjang aku bersosial, orang yang berilmu ni biasanya lebih low profile daripada orang yang kosong
tak taula kalau memang kawan2 aku dari golongan yang berIQ tinggi
macam padila,makin berisi makin tunduk
jadi,kalau rasa diri tu hebat..pegila belajar kat skolah lain
MRSM untuk orang yang betul2 memerlukan
dan MRSM takkan biarkan maruahnya dicalarkan dengan kejam
apa2 pun,aku tetap sayang MRSM Kuantan
selepas mak & ayah, orang yang paling aku hormat ialah cikgu2 aku
untuk teacher Wan, steadyla!
we always on your side *love*
caya lah beh..
ReplyDelete