ada apa dengan cermin?
kenapa kita tengok cermin?
mestila sebab kita nak tengok cacat cela yang ada kat diri sendiri & buang cepat2
cuba 1 hari tu kita keluar rumah tanpa tengok cermin
entah apa yang ada kat muka pun kita tak tau
taik mata ke..lada kat gigi ke..lipstick terlebih ke
so, tula yang aku nak maksudkan : refleksi
dalam hidup,macam2 benda boleh jadi cermin
aku bagi contoh : tingkah laku orang yang kita jumpa setiap hari
Situasi 1:
melepak dengan kawan2 kat kedai mamak
1 kawan sibuk bercakap tanpa henti, banyak karenah dan perengus
kadang2 cut off perbualan orang & menegakkan pendapat macam dia sorang yang betul
Pengajaran 1:
jangan jadi macam dia.sangat menjengkelkan
lebih dahsyat,kurangkan bercampur dengan orang macam tu
nanti terpalit sama
Cermin 1:
maybe kau ada menggedik dengan orang lain
ataupun over kepoh
ataupun kepala batu macam kau bagus sangat
bawa2la jadi matang
Situasi 2:
in relationship with someone special kau je perasan dia tu special
makin lama penggunaan ayat macam haram
tak boleh salah sikit,senang je nak guna bahasa kasar & kesat
kadang2 selamba bergurau tahap calar muka depan orang lain
alasan : masa tu tengah penat busit
serupa macam kau yang melukut kat tepi gantang
Pengajaran 2:
sound sket..kalau tak makan saman, slowly avoid daripada berborak
kalau dia samaratalayan kau dengan kawan2 dia,maknanya dia tak sayang kau pun
baik kau jaga hati kau sendiri,tak payah harapkan dia
Cermin 2:
kau ada guna ayat tak boleh blah kot..
Situasi 3:
stalker penyemak lagi penyibuk
selalu nak jadi wakil rakyat tanya hal kau
kadang2 dah macam si beruk mengajar itik berenang
Pengajaran 1:
kalau kau mampu,lempang mulut dia
tapi kalau tak, senyum je tak payah jawab
sebab aku yakin kalau kau jawab si stalker tu lagi gembira menyibuk hal kau lagi lepas ni
Cermin 3:
mesti kau pun selalu nak tau hal orang,sebab tu orang pun sibuk amik tau hal kau
jangan sibuk jaga tepi kain orang, tak sedar kain sendiri koyak
Situasi 4:
social network addict
kat mana2 memanjang berFB, berTwitter..
kadang2 bila kita call dia tanya nak apa
tanya khabar la woi!
lepak sama pun still focusing kat handphone
dah gitu buat apa hang out sesama?
Pengajaran 4:
kalau dah keluar hang out, tak payah ON social network
kalau nak juga, hang out dari rumah through FB..boleh?
Cermin 4:
kalau kau tak jaga hubungan realiti berbanding hubungan maya,jangan nangis kalau tetiba kau takde kawan
apa yang jadi setiap hari depan mata kita bukanlah takdir semata2 bagi aku
tapi ada pengajaran penting yang memerlukan pemerhatian teliti
kadang2 kita selalu fikir apa yang kita buat ialah terbaik sampaila 1 masa bila kita tak dapat apa yang kita nak, baru kita sedar langit tu tinggi ke rendah
kenapa aku tulis pasal cermin hari ni?
sebab aku tengah takde mood
apa yang akan korang buat kalau tengah takde mood?
aku..baca @ tengok benda2 yang kelakar
aku baru je lepas tengok Sentap , kelakar gila la
terbaik!
laughter is the best medicine *smile*
kedengaran marah..hurm..
ReplyDeleteaha..emosi bergelodak. jiwa kacau memang begini
ReplyDelete